KETAHUI HAK PEMEGANG MYKAD

Bolehkah kad pengenalan kita diambil dan disimpan oleh pihak lain seperti pengawal keselamatan dan orang awam lain.Ada sesetengah premis serta bangunan mensyaratkan untuk meninggalkan kad pengenalan sekiranya ingin memasuki bangunan tersebut.Persoalannya bolehkan pihak terbabit menyimpan kad pengenalan kita?

mykad,mykid,kad pengenalan

Hak Sebagai Pemilik MyKad

Jawapannya tentu tidak boleh sekali.Ini berdasarkan sumber dari Jabatan Pendaftaran Negara,semua pihak tidak boleh menyimpankad pengenalan orang lain,kecuali telah mendapat kuasa secara bertulis daripada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).Ini bertujuan melindungi agar data serta maklumat peribadi yang berada didalam kad pengenalan mungkin boleh disalahgunakan oleh pihak lain demi kepentingan mereka.

Seperti ada yang dilaporkan terdapat kes dimana terdapat  individu yang menjalankan sindiket pemalsuan kad pengenalan.Mereka menjual kad pengenalan palsu dengan lingkungan harga RM 1500 hingga mencecah RM 10,000.

Akta Pendaftaran Negara

Adalah menjadi kesalahan dan akan didakwa di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959 kepada mana-mana pihak untuk memegang dan menyimpan kad pengenalan orang lain.Sekiranya pihak tersebut ingkar mereka akan dikenakan hukuman mengikut Peraturan 25 yang boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM 20,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Namun demikian berdasarkan peraturan Pendaftaran Negara membenarkan,pemilik bangunan atau pengawal keselamatan yang bertanggungjawab berhak meneliti dan menyemak kad pengenalan dan memulangkan semula kad pengenalan kepada pemilik selepas menelitinya.

Berhati-hati dengan maklumat dalam kad pengenalan anda.Bimbang jika berlaku kecurian identiti atau identity theft yang akan menggunakan nama anda sama ada untuk permohonan hutang atau kesalahan jenayah yang lain.


0 comment... add one now