SEMAK SAMAN MELALUI SMS (ONLINE)

Cara menyemak saman melalui sms dan juga online saman Trafik,AES dan JPJ  .Pihak berkuasa telah menyediakan platform yang mesra pengguna bagi memudahkan orang ramai untuk menyemak saman mereka melalui sms mahupun secara dalam talian (ONLINE).

Cara Menyemak Saman Melalui SMS


Semakan saman melalui sms boleh dilakukan melalui khidmat mySMS.Kadar caj yang dikenakan adalah sebanyak RM0.15 sen untuk penghantaran mesej dan RM 0.20 sen akan dikenakan lagi setelah menerima mesej.

Semak saman melalui SMS




      1. Taipkan POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No.kad Pengenalan/No. Kenderaan] dan hantar sms  ke nombor 15888 atau ke 32728. Contoh (POLIS SAMAN 960311101010) atau (POLIS SAMAN QAQ 3333).
      2. Untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai saman boleh menggunakan kaedah ini :- POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No.kad Pengenalan/No. Kenderaan]<jarak>Alamat Email dan hantar ke 32728.Perincian saman akan dihantar ke alamat email yang telah diberikan tadi.

Cara Menyemak saman JPJ Melalui SMS


Saman yang dikeluarkan oleh pihak JPJ juga boleh di semak melalui SMS juga sama seperti menyemak Saman  Trafik tetapi ditukar POLIS ke JPJ.



  • Taipkan JPJ<jarak>Saman<jarak>[No.Kad Pengenalan/No.Kenderaan] dan hantar ke 15888 contoh ( JPJ Saman 9603101010) atau (JPJ Saman QAQ 3333)

SEMAK SAMAN TRAFIK SECARA ONLINE


Cara untuk menyemak saman trafik secara pula boleh diperiksa melalui laman portal ini :-



1. MyEG  KLIK SINI

  • Anda perlu mendaftar dahulu sebagai pengguna
  • Login menggunakan nama dan kata laluan
  • klik eService pada menu dan pilih PDRM atau JPJ(saman AES)
  • Pilih pautan yang berkaitan dan seterusnya membayar saman kenderaan anda.


2. Rilek e Service  KLIK SINI

  • Anda perlu daftar masuk 
  • Login dan masukan kata laluan yang telah didaftarkan
  • Klik Menu dropdown "Search By" dan pilih kaedah semakan
  • Isi maklumat yang diminta dan klik butang Next


3. JPJ  KLIK SINI

  • Anda tidak perlu mendaftar di portal ini
  • Klik Semakan Saman,kemudian klik dropdown menu untuk memilih samaada nombor ID sahaja atau Nombor ID dan Nombor Kenderaan.
  • Pilih kategori ID
  • Isikan Nombor ID dan pendaftaran kenderaan disusuli dengan captcha
  • Klik butang Semak

Keputusan semakan akan dipaparkan dibahagian bawah.Sekian semoga informasi cara semakan saman melalui sms dan online ini dapat membantu.


0 comment... add one now