CARA ATASI MALWARE WANNACRY RANSOMWARE

WannaCry merupakan sejenis ransomware(ransom+malware) yang akan menjangkiti mesin,PC,laptop mahupun UserPC dan akan melakukan enkripsi (kunci) supaya ia tidak dapat digunakan atau diakses oleh pengguna.



Selepas proses berjalan maka pemilik dokumen akan diberitahu bahawa dokumen telah dikunci dan perlu membayar sejumlah wang untuk menebus dokumen yang telah dikunci.Bayaran dalam bentuk Bitcoin sebelum dokumen yang dikunci tadi "dilepaskan"setelah "ditawan".

Ciri WannaCry

  1. Malware ini bergerak seperti worm,yang mana melakukan imbasan terhadap komputer-komputer lain yang boleh dijangiti dan terus bertapak didalamnya pada sistem Microsoft seperti Windows XP dan Windows Server 2003.
  2. Malware ini akan menyerang komputer yang mempunyai rangkaian yang sama.
  3. Memiliki sejenis enkripsi yang secara automatik berfungsi mengunci kesemua faili-fail yang terdapat didalam komputer

Langkah Mengatasi Serangan WannaCry

  1. Mengemaskini sistem operasi dengan memuat naik tampalan terbaru dari Microsoft untuk Windows XP,Windows 8 dan Windows Server 2003.
  2. Pengguna Windows 10 pastikan sistem operasi telah dikemas kini
  3. Berhati-hati kepada e-mail tidak kira dari sumber mana pun
  4. Pengguna Limux elak menggunaan WINE
  5. Kerap membuat salinan sandaran pada cakera keras luaran
  6. Sekiranya dijangkiti JANGAN membayar wang tebusan
  7. Lakukan salinan terhadap fail yang mungkin menjadi sasaran dari pengodam
  8. Menggunakan Anti Virus yang sentiasa dikemas kini.

0 comment... add one now